SMK.Kepala Batas 13200 Kepala Batas. Pulau Pinang. Tel & Fax : 04-5792911
Saturday, March 20, 2010
Terkini: Hasil Cendawan
Saturday, March 13, 2010
Lawatan Pegawai Pertanian ke tempat Projek Tanaman Cendawan
Pada 12 Mac 2010 (Jumaat), 3 orang pegawai Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Utara yang diketuai oleh En. Azwa Shah (Pegawai Pertanian Daerah Utara) telah hadir bersama sama Tn.Hj. Rosli Hamid (Juruteknik Kanan Pertanian)dan En.Sulaiman Mat Salleh (Juruteknik Pertanian) ke tempat Projek Cendawan. Beliau memberi jaminan akan membantu memajukan projek ini.

Aktiviti Pendidkan Jasmani
Aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan pada setiap Selasa dan Rabu. Guru beserta Pembantu Pengurusan Murid dan murid-murid melakukan aktiviti ini di padang sekolah. Semua yang terlibat melakukan dengan komitmen yang tinggi. Guru Praktikum (USM) turut membantu murid-murid.
Majlis Bacaan Surah Yasin
Saturday, March 6, 2010
Majlis Persaraan PK Pentadbiran
Pada 5 Mac 2010 ( Jumaat ), Majlis Persaraan Pn.Hajah Patimah Yahya @ Kak Cik telah di adakan di Dewan Seri Nilam sekolah. Beliau mula berkhidmat di SMKKB pada 2007. Di sebalik ketegasannya semasa bertugas beliau sebenarnya seorang yang cepat mesra dan 'caring' terhadap semua murid murid di sekolah.
Seluruh Warga SMKKBatas mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan selama ini. NAMAMU DIKENANG JASA BAKTIMU DIJULANG