Saturday, July 3, 2010

Hari Koperasi Sekolah

Hari Koperasi Peringkat Sekolah
Tarikh : 30 Jun 2010
Tempat : SMK.Kepala Batas
Pendidikan Khas : Gerai Jagung Rebus Cawan dan Minuman Radix Cola



Sempena Hari Koperasi Unit Pengakap menganjurkan 'Snake Show.
Pertunjukan daripada artis ular


Keberanian dan keyakinan yang ada pada murid Pendidikan Khas

Mempamerkan bakat berkareoke ( murid berbaju hijau )

Friday, July 2, 2010

Perkhemahan Pengakap

Perkhemahan Pengakap
Aktiviti perkhemahan gabungan Pengakap murd Pendidikan Khas dengan murid arus perdana
Tarikh : 2 April - 3 April 2010
Tempat: SMK.Kepala Batas


Tuesday, April 13, 2010

Sumbangan Pusat Khidmat Parliamen Tasik Gelugor

Pada 13 April 2010, En. Mohamad Tahir dari Pusat Khidmat Parliamen Tasik Gelugor ,S.Perai telah memberi sumbangan alatan permainan seperti bola takraw dan jaring takraw kepada murid-murid Pendidikan Khas SMK Kepala Batas. Sumbangan tersebut diterima oleh En. Mohd Dzafir Abd. Hamid , penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah ini. Pihak sekolah dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima di atas sumbangan tersebut.



Saturday, April 10, 2010

Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 2010


Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti jualan makanan dan minuman. Sambutan amat menggalakan.



Tuesday, April 6, 2010

Projek Cendawan: Sumbangan ADUN BERTAM


En. Helmi (Pegawai Khas ADUN Bertam ) menyampaikan cek RM 500.00 sumbangan daripada YB Zabariah ADUN Bertam untuk Projek Cendawan.


Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Zabariah ( ADUN BERTAM ), cikgu Mohd Dzafir (mewakili pengetua SMKKB) menyampaikan Cenderamata kepada En. Helmi.


Saturday, March 20, 2010

Terkini: Hasil Cendawan

Murid -murid Kelas Inovatif tersenyum riang dan bangga dengan hasil cendawan yang diperolehi...
Tersenyum simpul dan rasa bangga, murid-murid dari Kelas Kreatif bersama sama guru-guru mereka kerana dapat menikmati hasil cendawan yang diusahakan selama ini.
Ini lah kumpulan pertama murid-murid dari Kelas Proaktif dapat menikmati hasil cendawan.
Syukur, Alhamdulillah...projek ini mula menampakkan hasil. Banyak bongkah - bongkah mula mengeluarkan cendawan...


Saturday, March 13, 2010

Lawatan Pegawai Pertanian ke tempat Projek Tanaman Cendawan

Pada 12 Mac 2010 (Jumaat), 3 orang pegawai Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Utara yang diketuai oleh En. Azwa Shah (Pegawai Pertanian Daerah Utara) telah hadir bersama sama Tn.Hj. Rosli Hamid (Juruteknik Kanan Pertanian)dan En.Sulaiman Mat Salleh (Juruteknik Pertanian) ke tempat Projek Cendawan. Beliau memberi jaminan akan membantu memajukan projek ini.






Aktiviti Pendidkan Jasmani

Aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan pada setiap Selasa dan Rabu. Guru beserta Pembantu Pengurusan Murid dan murid-murid melakukan aktiviti ini di padang sekolah. Semua yang terlibat melakukan dengan komitmen yang tinggi. Guru Praktikum (USM) turut membantu murid-murid.




Majlis Bacaan Surah Yasin

Majlis Bacaan Surah Yasin di adakan pada setiap hari Jumaat. Murid-murid Pendidikan Khas tidak terkecuali membaca Surah Yasin bersama-sama warga sekolah. Mereka berpakaian baju melayu ,bersampin serta songkok.




Saturday, March 6, 2010

Majlis Persaraan PK Pentadbiran

Lambaian tangan buat kenangan warga SMKKBatas...
Penyelaras P.Khas menyampaikan cenderamata mewakili warga Pendidikan Khas.

Ucapan dan amanat terakhir......

Pn.Hajah Patimah binti Yahaya disambut ......
Pada 5 Mac 2010 ( Jumaat ), Majlis Persaraan Pn.Hajah Patimah Yahya @ Kak Cik telah di adakan di Dewan Seri Nilam sekolah. Beliau mula berkhidmat di SMKKB pada 2007. Di sebalik ketegasannya semasa bertugas beliau sebenarnya seorang yang cepat mesra dan 'caring' terhadap semua murid murid di sekolah.
Seluruh Warga SMKKBatas mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan selama ini. NAMAMU DIKENANG JASA BAKTIMU DIJULANG

Wednesday, March 3, 2010

Lawatan AJK PIBG SMKKB ke tempat Projek Cendawan

Pada 6 Mac 2010 ( Sabtu), Yang DiPertua PIBG bersama AJK PIBG sekolah ini telah membuat lawatan dan tinjauan ke Projek Cendawan .


Murid-murid dan guru begitu ceria menyusun bongkah bongkah cendawan pada rak.
Semoga projek ini mencapai matlamat dan objektifnya.